Bila Viral Menjadi Virus,Implikasi Kepada Masyarakat.


Bila Viral Menjadi Virus, Implikasi

Kepada Masyarakat ?


    Kemajuan dalam pelbagai bidang di Malaysia terutama dalam rangkaian Internet membawa imej yang positif kepada negara dalam jangka masa pendek dan masa panjang. Jumlah penggunaan internet di negara menunjukkan 25.84 juta pengguna yang itu mewakili 80 peratus penduduk
Malaysia. 





KAJIAN PENGGUNAAN INTERNET DI MALAYSIA 2019



Soalannya adalah mengapakah viral menjadi virus?


Penduduk di Malaysia menggunakan rangkaian internet terutamanya untuk penggunaan media sosial. Pengguna membelanjakan purata lapan jam lima minit sehari dalam talian dan selama dua jam daripada tempoh itu digunakan untuk media sosial. 

Ramai pengguna menggunakan media sosial platform sebagai tempat mendapat informasi terkini dengan lebih pantas. Perkara ini boleh dilihat melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook, Instagram, dan Twitter. Melalui perkongsian ini sesuatu perkara menjadi sangat popular dan diketahui denagn pantas oleh semua individu dan berkemungkinan besar boleh akses oleh penduduk di seluruh dunia. 

Ia tidak boleh dinafikan bahawa media sosial membawa atau viralkan informasi terkini tetapi bukan semua informasi yang dipaparkan adalah perkara yang betul. Istilah viral juga boleh dikaitkan dengan sesuatu yang melibatkan penyebaran maklumat dan perkongsian cerita ataupun pendapat mengenai apa sahaja perkara yang dihasilkan oleh seseorang dan akan disebarkan menerusi media sosial sehinggalah hal itu dikongsi secara berterusan. 

Walaupun viral sesuatu mendatangkan kebaikan tetapi ada juga keburukkan yang tidak boleh dinafikan. Dalam pengunaan media sosial ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakannya sebagai tempat memaparkan berita palsu and viralkan berita tersebut.


Penggunaan Internet adalah medium popular dan sering menjadi pilihan masyarakat bagi aktiviti pe­nyebaran sesuatu isu atau perkara. Secara tidak langsung, viral yang terkini lebih mudah untuk dikongsi dan bersifat lebih menyeluruh capaiannya kepada umum. Maka, tidak hairanlah me­ngapa sesuatu viral itu boleh tersebar dengan cepat dan meluas.

Di samping itu, penyebaran viral juga tiada elemen spesifikasi serta tiada limitasi apabila sudah dikongsi di laman sosial. Bukan saja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar dan video grafik.

Namun, ada sesetengah pihak beranggapan si pelaku viral hanya mahukan publisiti dan perhatian semata-mata. Lebih teruk lagi kebarangkalian bahawa penyebaran viral itu adalah kurang tepat, sekali gus berpotensi merosakkan reputasi seseorang mahupun organisasi.
Justeru, laman blog dan media sosial dijadikan medan utama bermatlamat mengaibkan individu lain demi kepentingan individu tertentu. Selain itu, virus viral ini mampu membawa kepada perpecahan masyarakat di samping menggugat keharmonian dan keamanan institusi sosial.
Hal ini boleh terjadi kerana bahan yang dikongsi itu mampu untuk mencetuskan salah faham serta mengakibatkan pencerobohan hak peribadi seseorang.
Apa yang penting, pengguna harus meletakkan keutamaan dan sempadan walaupun timbul rasa teruja dengan kandungan maklumat yang disampaikan. Adakah wajar untuk menyebarkan maklumat berunsur viral itu ataupun hanya sekadar pembacaan biasa sahaja?
Jawapannya ada pada diri sendiri untuk menentukan kesan baik buruknya terhadap masyarakat, agama dan negara.



Contoh Bila Viral Menjadi Virus.

Jangan Cetus Panik Dengan Berita Palsu COVID-19

Penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga gelombang kedua penularan COVID-19.


Orang ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu berkaitan COVID-19 yang memasuki fasa gelombang kedua, bagi mengelak situasi panik di negara ini.
penyebaran berita palsu akan mencetuskan kebimbangan dan menjejaskan sektor perniagaan, sekali gus memberi kesan kepada ekonomi negara.



Covid-19: Amaran KKM, penyebar maklumat palsu akan disiasat!


“Perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu kononnya pusat beli-belah tidak selamat dikunjungi hanya akan mewujudkan panik, seterusnya orang awam tidak mahu keluar dari rumah sebab takut dijangkiti COVID-19.
“Ini akan menjejaskan perniagaan di pusat beli-belah itu yang pastinya tidak elok untuk ekonomi negara,”
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata, negara kini memasuki gelombang kedua COVID-19 bermula 27 Februari lalu selepas 11 hari tidak mempunyai kes baharu.
Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan penyebaran berita palsu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.


“Biarlah pihak Jabatan Kesihatan Malaysia yang keluarkan kenyataan sama ada serius ataupun tidak sesuatu pandemik atau (berkaitan) penyakit yang berjangkit ni.

“Pihak kami akan mengambil tindakan ke atas sesiapa yang mengeluarkan kenyataan palsu. Jadi, kita janganlah percaya sangat pada apa yang keluar dalam Facebook. Kita tunggulah laporan rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka merupakan autoriti untuk keluarkan kenyataan,”

“Justeru, polis menggesa orang ramai supaya menghentikan sebarang bentuk penyebaran berita, artikel dan kenyataan tidak sahih atau tidak tepat.”

Gelombang pertama jangkitan COVID-19 di negara ini merangkumi 22 kes manakala gelombang kedua membabitkan satu kluster yang dikenal pasti dengan kes ke-26.
Pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta polis membuat pemantauan lebih kerap dan mengambil tindakan segera terhadap pihak yang menyebar berita palsu.

Seluruh masyrakat perlu menjadi tanggungjawab dalam membantu kerajaan untuk mencegah penyebaran COVID-19 dengan mengikuti nasihat dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Kesimpulan 


Kita sebagai masyarakat haruslah tidak menyebarkan berita palsu kerana ia sangat memberi kesan buruk kepada seluruh masyarakat akan menyebabkan berlaku kekecohan dalam media sosial. Selain itu, masyarakat perlulah mengambil tanggungjawab terhadap perkara sebegini supaya tidak mencetuskan perkara-perkara sebegini dan juga masyarakat haruslah berhati-hati tidak menyebarkan berita yang tidak sahih.




Comments