Bila Viral Menjadi Virus,Implikasi Kepada Masyarakat.
Bila Viral Menjadi Virus, Implikasi Kepada Masyarakat ? Kemajuan dalam pelbagai bidang di Malaysia terutama dalam rangkaian Internet membawa imej yang positif kepada negara dalam jangka masa pendek dan masa panjang. Jumlah penggunaan internet di negara menunjukkan 25.84 juta pengguna yang itu mewakili 80 peratus penduduk Malaysia. KAJIAN PENGGUNAAN INTERNET DI MALAYSIA 2019 Soalannya adalah mengapakah viral menjadi virus? Penduduk di Malaysia menggunakan rangkaian internet terutamanya untuk penggunaan media sosial. Pengguna membelanjakan purata lapan jam lima minit sehari dalam talian dan selama dua jam daripada tempoh itu digunakan untuk media sosial. Ramai pengguna menggunakan media sosial platform sebagai tempat mendapat informasi terkini dengan lebih pantas. Perkara ini boleh dilihat melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook, Instagram, dan Twitter. Melalui perkongsian ini sesuatu perkara menjadi ...